HASIL PEMBELAJARAN:
Murid-murid berupaya:
Menyukat isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.
BAHAN BANTU MENGAJAR.
1. Bekas kosong pelbagai saiz iaitu jag, besen, botol, dan tin.
2. Lembaran Aktiviti
3. Pensel
4. Gelas Plastik
5. Baldi
6. Air
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
1. Sebelum aktiviti dijalankan, guru menyediakan 4 bekas kosong iaitu jag, besen, botol, dan tin. Guru juga menyediakan 4 baldi yang berisi air, 4 gelas plastik, 4 lembaran aktiviti dan 4 batang pensel.
2. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan ( 1 kumpulan 4 orang).
3. Guru menyediakan 4 stesen (bilangan stesen sama dengan bilangan kumpulan). Di setiap stesen, guru menyediakan sebuah bekas kosong, sebaldi air dan gelas plastik (digunakan untuk mengisi air ke dalam bekas kosong).
4. Guru mengedarkan lembaran aktiviti dan pensel kepada setiap kumpulan. Murid-murid diminta melukiskan bekas kosong yang disediakan di setiap stesen.
5. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, kumpulan 3 di stesen C dan kumpulan 4 di stesen D.
6. Di setiap stesen, murid perlu mengisi penuh sambil membilang jumlah gelas air yang diperlukan untuk memenuhkan bekas yang telah disediakan. Mereka perlu
mencatatkan bilangan gelas pada jadual di lembaran aktiviti tersebut. Tegaskan
kepada murid gelas plastik perlu diisi penuh setiap kali air disukat, contohnya :
Stesen | Bekas (Lukiskan) | Isipadu Air ( Bilangan Gelas) |
A | 7 gelas air | |
B | 10 gelas air | |
C | 6 gelas air | |
D | 15 gelas air |
No comments:
Post a Comment