Video ini menerangkan cara-cara menggunakan silinder penyukat untuk menyukat isipadu cecair. Walaupun silinder penyukat mempunyai bentuk atau saiz yang berbeza, ia tetap mempunyai sistem sukatan yang tepat.
Sunday, November 14, 2010
VIDEO
Video ini menerangkan cara-cara menggunakan silinder penyukat untuk menyukat isipadu cecair. Walaupun silinder penyukat mempunyai bentuk atau saiz yang berbeza, ia tetap mempunyai sistem sukatan yang tepat.
RUMUSAN
Bagi mengatasi masalah salah konsep mengenai kapasiti, guru perlulah kreatif dalam menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sangat membantu murid-murid dalam memperbetulkan masalah ini. Selain bahan bantu mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah berpusatkan kepada murid. Murid-murid akan lebih memahami apabila aktiviti pembelajatran mereka lakukan sendiri.
Tuesday, November 9, 2010
bahan bantu mengajar
BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK ISIPADU CECAIR TAHUN 2.
1. Pelbagai Bekas Kosong Seperti Di Bawah:
JAG | BESEN |
BOTOL JUS OREN | TIN MILO |
BOTOL PENCUCI LANTAI | BEKAS MAKANAN RINGAN |
BOTOL SYAMPU | BOTOL PENCUCI PAKAIAN |
BOTOL MANDIAN | BOTOL PENCUCI KERETA |
BOTOL PELEMBUT PAKAIAN | BOTOL MINERAL |
2. Enam Baldi Yang Berisi Air.
aktiviti 1
HASIL PEMBELAJARAN:
Murid-murid berupaya:
Menyukat isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.
BAHAN BANTU MENGAJAR.
1. Bekas kosong pelbagai saiz iaitu jag, besen, botol, dan tin.
2. Lembaran Aktiviti
3. Pensel
4. Gelas Plastik
5. Baldi
6. Air
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
1. Sebelum aktiviti dijalankan, guru menyediakan 4 bekas kosong iaitu jag, besen, botol, dan tin. Guru juga menyediakan 4 baldi yang berisi air, 4 gelas plastik, 4 lembaran aktiviti dan 4 batang pensel.
2. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan ( 1 kumpulan 4 orang).
3. Guru menyediakan 4 stesen (bilangan stesen sama dengan bilangan kumpulan). Di setiap stesen, guru menyediakan sebuah bekas kosong, sebaldi air dan gelas plastik (digunakan untuk mengisi air ke dalam bekas kosong).
4. Guru mengedarkan lembaran aktiviti dan pensel kepada setiap kumpulan. Murid-murid diminta melukiskan bekas kosong yang disediakan di setiap stesen.
5. Kumpulan 1 akan bermula di stesen A, kumpulan 2 akan bermula di stesen B, kumpulan 3 di stesen C dan kumpulan 4 di stesen D.
6. Di setiap stesen, murid perlu mengisi penuh sambil membilang jumlah gelas air yang diperlukan untuk memenuhkan bekas yang telah disediakan. Mereka perlu
mencatatkan bilangan gelas pada jadual di lembaran aktiviti tersebut. Tegaskan
kepada murid gelas plastik perlu diisi penuh setiap kali air disukat, contohnya :
Stesen | Bekas (Lukiskan) | Isipadu Air ( Bilangan Gelas) |
A | 7 gelas air | |
B | 10 gelas air | |
C | 6 gelas air | |
D | 15 gelas air |
Subscribe to:
Posts (Atom)